fbpx

Hadi Awang masuk IJN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi

PETALING JAYA – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Anaknya, Muhammad Khalil mengesahkan perkara tersebut.

Dia turut memohon kepada orang ramai untuk mendoakan Abdul Hadi agar diberikan kesembuhan segera oleh Allah.

“Beliau kini berada di IJN dalam keadaan yang stabil namun masih perlukan rawatan susulan dan pemantauan oleh doktor,” katanya hari ini.

Pada masa sama, Muhammad Khalil berkata, dia turut menerima pertanyaan berkaitan perkara tersebut.

“Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah.

“Insya-Allah saya akan maklumkan keadaan Ayahanda Tuan Guru dari masa ke masa. Terima kasih,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI