fbpx

Federer pertimbang tinggalkan saingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FEDERER mempertimbangkan untuk menarik diri pada saingan kali ini bagi mengelak risiko kecederaan serta berdepan masalah kecergasan. – AFP

PARIS – Bekas pemain No. 1 dunia, Roger Federer menyatakan hasrat untuk menarik diri sekiranya gagal mendapat kecergasan penuh selepas berjaya melangkah ke pusingan keempat dengan menewaskan Dominik Koepfer awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Federer yang diletakkan sebagai pilihan kelapan kejohanan terpaksa me­ngambil masa lebih tiga jam 30 minit untuk menafikan cabaran Koepfer dengan keputusan 7-6, 6-7, 7-6, 7-5 sekali gus menamatkan saingan pada pukul 1 pagi waktu tempatan.

Kata Federer, keputusan sama ada kekal bersaing atau menarik diri dalam saingan kejohanan Grand Slam di Roland Garros itu hanya akan dibuat sebelum bertemu dengan jaguh Itali, Matteo Berrettini di pusingan keempat hari ini.

“Saya masih belum pasti sama ada mahu meneruskan saingan atau tidak kerana perlawanan saya pada kali ini berakhir lewat malam dan esok (hari ini) saya perlu kembali bersaing de­ngan penuh kompetitif.

“Ini kerana saya tidak mahu memberi teka­nan melampau terhadap lutut saya yang baru sahaja pulih daripada kece­deraan panjang tetapi segala keputusan akan dibuat esok selepas saya memikirkan segala kemungkinan.

“Secara jujur, saya mahu me­ngelakkan risiko kecederaan kerana keutamaan saya adalah untuk beraksi pada Kejuaraan Wimbledon pada penghujung bu­lan ini,” kata pemain berusia 40 tahun itu.

Pemain Switzerland itu sebelum ini telah menjalani dua pembedahan lutut tahun lalu sehingga terpaksa berehat lebih 12 bulan sebelum membuat kemunculan semula pada Mac lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN