fbpx

11 lokaliti di Pahang, Sabah kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak sebelas kawasan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ekoran peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan melaksanakan PKPD di tiga lokaliti di Jaya Gading, Kuantan Pahang bermula 8 Jun hingga 21 Jun 2021.

“Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan terdapat peningkatan ketara kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu ni Kampung Jaya Gading, Sebahagian Kampung Seri Damai dan Bandar Baru Jaya Gading.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan Covid-19 ke kawasan lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD turut akan dilaksanakan di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang berkuat kuasa 8 Jun hingga 21 Jun depan.

“Turut dikenakan PKPD ialah Kampung Ongkilan, Kota Marudu, Sabah berkuat kuasa pada 8 Jun berikutan terdapat peningkatan kes.

“Dua lokaliti di Nabawan Sabah, iaitu Kampung Pulutan dan Kampung Murni C turut dikenakan PKPD atas penilaian risiko pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP,” ujarnya.

Sementara di Tuaran, Sabah pula, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Bolong Baru selama 14 hari bermula 8 Jun ini.

“Pelaksanaan PKPD turut dikenakan di dua buah perkampungan di Kota Belud, Sabah iaitu Kampung Tamalang dan Kampung Tuguson yang merekodkan 50 peratus positivi daripada keselurugan 24 ujian saringan.

“Selain itu, kerajaan juga bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Bergosong, Pulau Sebatik, Tawau Sabah bermula 8 Jun,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI