fbpx

Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan angin kencang, laut bergelora bermula hari ini hingga Khamis.

PETALING JAYA – Angin kencang sehingga 50 kilometer (km) sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Perlis dan Kedah; Pulau Pinang, Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu turut berbahaya kepada bot-bot kecil.

“Sementara itu, untuk perkapalan pula angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket, timur laut Condore serta utara Reef North bermula Isnin sehingga Khamis depan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka melanda kawasan perairan timur Phuket, Samui, selatan Tioman, tenggara Condore, Bunguran, selatan Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu sehingga pukul 9 malam ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI