fbpx

Guan Eng di bawa keluar dari SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng dibawa keluar menuju ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sebentar tadi.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kenderaan yang membawa bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilihat keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 8.35 pagi tadi.

Guan Eng dibawa keluar dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 dengan diiringi enam buah kereta termasuk peronda polis (MPV) dan motosikal pengiring.

Ahli Parlimen Bagan itu di bawa ke Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi ini untuk di dakwa berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang yang dianggarkan menelan kos RM6.3 bilion.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu ditahan SPRM malam tadi.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, Guan Eng akan didakwa di bawah seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Katanya, Guan Eng juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 Ogos di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung kes sama.

“SPRM mendapat izin mendakwa daripada Peguam Negara bagi menuduh Guan Eng seperti ketetapan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada 7 Julai lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan beberapa exconya turut memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega berkenaan.

Sehingga kini, SPRM telah menahan seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan tiga syarikat diserbu kerana dipercayai ada kaitan dengan projek berkenaan.

Pada bulan lalu, Guan Eng diminta hadir tiga kali ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya iaitu pada 22, 23 dan 26 Julai lalu bagi memberi keterangan berhubung kes projek terowong dasar laut itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI