fbpx

Ummi Nazeera selamat timang anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMMI berkongsi gambar anak pertamanya, Ayra memegang adik perempuannya yang dilahirkan pada 2 Jun lalu.

PETALING JAYA – Pelakon Ummi Nazeera selamat melahirkan bayi keduanya di sebuah hospital swasta di Seri Kembangan, Selangor.

Ummi atau nama lengkapnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 31, melahirkan anak keduanya yang merupakan bayi perempuan dengan berat 3.2 kilogram (kg) secara normal.

Meskipun mengalami demam dengan bacaan suhu setinggi 38.3 Celsius ketika berada di dalam bilik bersalin, namun Ummi bersyukur kerana urusan melahirkan berjalan lancar.

“Alhamdulillah, saya dah selamat bersalin secara normal pada 2 Jun lalu. Kami dikurniakan seorang puteri yang beratnya 3.2 kg dan alhamdulillah bayi sihat walafiat.

“Syukur sangat semuanya selamat. Doakan agar anak-anak kami membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang solehah. Doakan kami ya. Amin,” tulisnya dalam Instagram.

Dalam perkongsian berkenaan, pelakon drama Suri Katriana itu berkongsi foto anak sulungnya, Ayra Aneesah memegang adiknya yang berada di dalam katil bayi.

Ummi bagaimanapun belum berkongsi nama yang diberikan kepada bayi keduanya tetapi memberi petunjuk bahawa dia dan suami memilih huruf ‘A’ sama seperti anak sulung mereka dengan menulis tanda pagar #babyAA.

Terdahulu, Ummi yang mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor, Mohd. Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan anak sulung mereka, Ayra pada 22 Ogos 2018 yang kini berusia dua tahun 10 bulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI