fbpx

Remaja tolak rakan ke atas jalan raya kerana bergurau undang padah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan remaja tersebut sedang berjalan di laluan pejalan kaki sebelum salah seorang daripada mereka menolak mangsa sehingga terjatuh di atas jalan raya. – Newsflash/The Sun

WILAYAH AUTONOMI BASQUE, SEPANYOL – Niat asal sekumpulan remaja yang ingin bergurau akhirnya mengundang padah apabila salah seorang daripada mereka ditolak ke jalan raya sehingga menyebabkan mangsa dilanggar oleh sebuah kereta, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Dalam satu video yang tular di media sosial, sekumpulan remaja yang sedang berjalan di laluan pejalan kaki itu pada asalnya ingin bergurau dengan cara menolak mangsa.

“Tunggu, bukan di sini,” ujar seorang remaja pada permulaan video tersebut.

Namun, seorang remaja lain secara tiba-tiba menolak mangsa sehingga menyebabkannya terjatuh ke atas jalan raya.

Dalam sekelip mata, mangsa dilanggar oleh sebuah kereta yang sedang melalui jalan tersebut sekali gus menyebabkan kesemua mereka tergamam.

Susulan insiden tersebut, mangsa yang berusia 14 tahun dibawa ke hospital dan dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Pihak polis Wilayah Autonomi Basque sedang menyiasat insiden tersebut.

Sementara itu, video tersebut menjadi tular di media sosial  dan menerima puluhan ribu tontotan dengan rata-rata pengguna mengecam tindakan kumpulan remaja itu yang dikatakan bergurau secara kasar.

“Ketika saya remaja, kami bergurau dengan cara membunyikan loceng pintu dan kemudian bersembunyi.

“Kini, dengan adanya platform bodoh seperti TikTok, ia telah menyebabkan golongan remaja menjadi angkuh,” tulis seorang netizen di YouTube. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI