fbpx

Buat aduan premis langgar SOP melalui MyGCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan memandang serius isu berkaitan industri, premis perniagaan yang tiada dalam senarai perkhidmatan perlu telah beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, justeru hari ini beliau mempengerusikan mesyuarat Strategi Pematuhan Prosedur Operasi Standard Covid-19 bagi memastikan tindakan agensi penguatkuasaan dan pematuhan dalam kalangan pemilik premis perniagaan dan sektor perkilangan.

“Setakat 1 Jun lalu beberapa kementerian telah mengambil tindakan ke atas kilang-kilang dan premis perniagaan yang melanggar perintah dan arahan PKP seperti beroperasi lebih waktu, beroperasi dengan lebih 60 peratus pekerja dan juga beroperasi walaupun telah diarahkan tutup.

“Pasukan petugas operasi pematuhan tersebut akan memfokuskan kepada pematuhan dan perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan telah membuka talian hotline bagi membolehkan orang ramai membuat aduan melalui Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC​) di talian 03-8000 8000 atau atau emel ke [email protected] dan aduan.pematuhan.mkn.gov.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI