fbpx

31 pekerja dikompaun tidak kemas kini status kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pekerja sebuah syarikat minyak dan gas yang dikompaun kerana tidak melaksanakan pematuhan SOP di Kampung Acheh, Sitiawan, hari ini.

LUMUT – Seramai 31 pekerja dan dua pengusaha kantin dari dua syarikat perindustrian di Kampung Acheh di sini dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua pekerja dikompaun RM1,500 dengan jumlah keseluruhan RM46,500 kerana tidak mengemas kini status kesihatan dalam portal MySejahtera ketika memasuki tempat kerja.

Dua pengusaha kantin itu pula masing-masing dikompuan RM10,000 kerana tidak melaksanakan penjarakan sosial di premis.

Kompaun itu dikeluarkan dalam operasi bersepadu pematuhan SOP PKP disertai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bersama beberapa agensi berkaitan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, dua yang diperiksa ialah syarikat perindustrian berkaitan minyak dan gas serta premis pemprosesan makanan.

Menurut beliau, majikan perlu memastikan pekerja mengemas kini status kesihatan masing-masing setiap kali bekerja untuk mengelak individu bergejala bekerja.

“Syarikat yang memiliki bilangan pekerja ramai perlu mewujudkan satu pasukan bertanggungjawab memantau tahap kesihatan serta pematuhan SOP di tempat kerja bagi mengelak jangkitan Covid-19.

“Peraturan itu turut terpakai kepada orang ramai yang mana mereka perlu mengemas kini status kesihatan setiap kali keluar rumah,” ujarnya kepada pemberita. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI