fbpx

Penduduk bersempadan tetap perlu kebenaran untuk rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera memasang gelung dawai kawat duri di perumahan Taman Kerian Tambahan hari ini.- Foto WAT KAMAL ABAS

PARIT BUNTAR – Semua penduduk yang tinggal berhampiran dengan sempadan negeri ini perlu mempunyai surat kebenaran rentas negeri yang sah untuk membuat sebarang urusan terutamanya di mukim Parit Buntar.

Walau atas apa alasan sekalipun, perkara itu perlu dipatuhi sepertimana ditetapkan oleh
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Kementerian Kesihatan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, arahan tersebut juga perlu diambil maklum oleh penduduk negeri berjiran iaitu di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan Bandar Baru, Kedah.

Menurut beliau, arahan yang diwartakan itu perlu dipatuhi dan ianya adalah untuk kebaikan masyarakat bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

“Kita faham tentang masalah mereka yang kebanyakannya sebelum ini mempunyai pelbagai urusan di kedua-dua tempat termasuk pertalian kekeluargaan

“Ramai penduduk di sini misalnya bekerja di Nibong Tebal dan berulang alik, namun undang-undang perlu dipatuhi sebagaimana yang telah diwartakan oleh kerajaan,” katanya kepada Kosmo!

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang peraturan yang perlu dipatuhi oleh penduduk di negeri berjiran ini kerana berkongsi bandar walaupun di negeri berlainan.

Dalam pada itu, bermula hari ini Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di Taman Kerian Tambahan Parit Buntar berikutan peningkatan kes jangkitan.

Sebanyak 336 buah rumah membabitkan seramai 1,226 orang penduduk di situ menjalani PKPD mulai 6 Jun hingga 19 Jun ini.

Tinjauan mendapati, semua laluan keluar masuk ke kawasan ini telah diletakkan dengan konkrit penghadang kecuali di Jalan Laksamana berhampiran dengan loji Indah Water Konsortium.

Gegelung kawat duri juga telah dipasang oleh pihak tentera termasuk penempatan pos kawalan polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI