PUTRAJAYA – Kes Covid-19 baharu hari ini masih merekodkan angka 7,452 kes sekali gus menjadikan jumlah kes positif keseluruhan kini 610,574 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal merekodkan angka tertinggi dengan 2,509 kes diikuti oleh Negeri Sembilan (843 kes), Kuala Lumpur ( 678 kes) dan Sarawak ( 651 kes).
“Seterusnya ialah Johor (412 kes), Pulau Pinang (370 kes), Kelantan (312 kes), Pahang (286 kes), Kedah (263 kes), Sabah (259 kes), Perak (252 kes), Melaka (206 kes), Labuan (205 kes) dan
Terengganu (190 kes).
“Putrajaya pula dengan 12 kes manakala Perlis pula empat kes baharu,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini. -K! ONLINE