fbpx

Tujuh termasuk dua pelajar ditahan memandu bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Tujuh individu termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana didapati menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di Jalan Kuantan Bypass berhampiran Terminal Sentral Kuantan baru-baru ini.

Dalam rakaman video yang tular dalam media sosial sejak 30 Mei lalu itu menyaksikan sekumpulan individu mengambil peluang keadaan jalan yang lengang untuk memandu secara laju dan membahaya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kesemua suspek yang berumur 15 hingga 27 tahun ditahan di rumah masing-masing hasil risikan pihak polis.

“Pada kira-kira pukul 9 malam semalam sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang telah menjalankan satu Operasi Khas Samseng Jalanan bagi mengesan beberapa individu yang tular di media sosial Facebook kerana berlumba dengan aksi menundukkan kepala.

“Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 7 petang, 30 Mei lalu di Jalan Kuantan Bypass berhampiran Terminal Sentral Kuantan ini sangat membahayakan kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kamarulzaman kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan siasatan dilakukan mengikut Seksyan 81 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan kesemua motosikal terbabit dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan di sini untuk tindakan lanjut.

Sementara itu beliau berkata, polis akan terus melakukan pemantauan dan tindakan tegas akan dikenakan mengikut undang-undang kepada mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan jalan raya.

“Jangan ambil kesempatan musim jalan lengang ini, kita pihak polis sentiasa memerhati dan akan membuat tangkapan jika ada sebarang maklumat daripada awam,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI