fbpx

121 kompaun sepanjang empat hari PKP Penuh di PJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 121 kompaun bernilai RM319,000 telah dikeluarkan oleh polis Petaling Jaya di atas pelbagai kesalahan sepanjang empat hari tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh Fasa Pertama dikuatkuasakan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sepanjang tempoh empat hari itu, pihaknya telah merekodkan sebanyak 28 kesalahan tidak memakai pelitup muka dan 27 kesalahan kerana tiada penjarakan fizikal.

“Sebanyak 19 kesalahan rentas daerah, 17 kesalahan kerana gagal megimbas kod QR MySejahtera dan 13 kesalahan pejabat beroperasi melebihi kapasiti kakitangan dibenarkan.

“Lain-lain kesalahan yang direkodkan adalah empat kompaun larangan beroperasi dan dua kesalahan kerana melakukan pergerakan melebihi radius 10 kilometer,” katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Petaling Jaya hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, pihak polis Petaling Jaya telah melaksanakan enam sekatan jalan raya (SJR) statik dan 10 SJR bergerak sepanjang hari.

“Sebanyak 14 pasukan pemantau dengan kerjasama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Unit Dron Pasukan Gerakan Udara, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Majlis Bandaraya Petaling Jaya turut bersama-sama melakukan pemantauan.

“Kami berpuas hati dengan kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam setiap pemantauan namun dapati masih ada segelintir yang masih berdegil tidak patuh jadi kita akan terus kuatkuasakan SOP PKP,” tegas beliau.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI