fbpx

PM minta teliti pendaftaran vaksin secara automatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melihat semula proses pendaftaran sebagai penerima vaksin termasuk cadangan melaksanakan proses pendaftaran secara automatik.

Tan Sri Muhyiddin berkata, beliau mahu proses pendaftaran itu dapat dipermudahkan lagi bagi memastikan sebanyak mungkin rakyat diberi vaksinasi sekali gus memastikan sasaran imuniti berkelompok dapat dicapai.

“Saya ambil maklum keresahan ramai yang masih belum menerima tarikh janji temu vaksin masing-masing. Oleh itu, saya sudah mengarahkan JKJAV untuk memastikan mereka yang mendaftar melalui semua platform mendapat tarikh janji temu secepat mungkin.

“Sehingga hari ini, hampir 13 juta individu sudah mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan hanya 51 peratus daripada jumlah keseluruhan layak untuk menerima vaksin,” katanya ketika berucap sempena 100 Hari Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) secara maya di Facebook rasmi hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau turut mendengar keluhan daripada penduduk di luar bandar, kampung-kampung dan pedalaman terutamanya warga emas yang sukar untuk membuat pendaftaran dan menerima vaksin.

“Untuk itu, saya telah mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan terlibat agar menggunakan semua aset kerajaan bagi mempermudahkan untuk mereka mendapat vaksin.

“Saya telah meminta JKJAV untuk melihat semula proses pendaftaran vaksin agar dapat dipermudahkan lagi, termasuk cadangan melaksanakan proses pendaftaran secara automatik bagi memastikan seramai mungkin rakyat divaksinasi,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI