fbpx

Taktik licik sembunyi dadah dalam alat permainan terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fakhrudin (tengah) menunjukkan dadah yang disembunyikan dalam permainan kanak-kanak di IPD Petaling Jaya di sini hari ini - Foto AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – Tindakan licik satu sindiket pengedaran dadah menyembunyikan bahan terlarang itu di dalam barang mainan sebelum diposkan ke luar negara terbongkar dan sekaligus dipatahkan menerusi beberapa siri serbuan bermula 2 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah dimaklumkan tentang empat bungkusan mencurigakan daripada seorang lelaki yang bekerja di sebuah pusat perkhidmatan kurier ketika sedang melakukan imbasan kira-kira pukul 11 pagi.

“Pemeriksaan yang dilakukan ke atas bungkusan tersebut seterusnya menemui beberapa alat permainan pelbagai jenis yang mengandungi dadah dipercayai heroin seberat 408.35 gram.

“Berdasarkan risikan yang dilakukan, pihak polis seterusnya menyerbu sebuah kedai serbaneka di Batu 9, Cheras pada hari yang sama kira-kira pukul 12 tengah hari dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun,” katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

Menurut beliau, pasukan serbuan turut merampas satu bungkusan yang dipegang oleh suspek dan pemeriksaan lanjut telah menemui dadah dipercayai jenis heroin seberat 92gram.

“Pemeriksaan di kedai tersebut turut menemui satu lagi bungkusan mengandungi kereta mainan yang diisi dengan dadah dipercayai jenis heroin seberat 105gram sebelum menyerbu sebuah kondominium di Bandar Permai Perdana Cheras.

“Di kondominium itu pihak polis telah menemui dua lagi bungkusan mengandungi alat permainan berisi dadah jenis heroin seberat 606 gram pemeriksaan lanjut telah menemui dadah jenis syabu serta serbuk ecstasy masing masing seberat 0.42gram dan 0.56gram,” katanya.

Difahamkan, sindiket berkenaan dikesan telah aktif sejak sebulan lalu dan mampu menerima bayaran sebanyak RM1,000 bagi setiap bungkusan yang berjaya diposkan ke kuar negara.

Tambah Mohamad Fakhrudin, hasil soal siasat ke atas suspek pertama telah membawa pihak polis ke sebuah apartmen kira-kira pukul 2 pagi keesokan harinya di Jalan Kepong, Kuala Lumpur dan menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai diterlibat dengan aktiviti tersebut.

“Susulan tangkapan kedua-dua suspek, pihak polis seterusnya menyerbu dan menahan seorang lagi suspek di Taman Taming Jaya di Balakong kira-kira pukul 6 petang 3 Jun lalu.

“Kesemua suspek kini masih di dalam tahanan raman dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (1)(a) akta sama dan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan,” tegas beliau.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI