fbpx

Lakonan menyekutukan Allah, harap tak jadi kontroversi – Beto Kusyairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BETO KUSYAIRY

PETALING JAYA – Yakin tidak timbul isu kontroversi dengan watak tahi judi dalam naskhah Pemuja Kubur, pelakon Beto Kusyairy menganggap kerja seni dalam drama tersebut antara peringatan agar jangan menyekutukan Allah.

Katanya, biarpun terdapat elemen pemujaan kubur dan penggunaan jampi mantera, setiap pengisiannya sudah diperhalusi pihak produksi bagi menjaga sensitiviti masyarakat dan agama.

“Kisah dua sahabat yang sanggup menggali kubur perempuan mati bersalin demi mencari tali pocong untuk berjudi dan minyak dagu sebagai pemikat dalam dalam tersebut adalah bersandarkan kisah benar yang selalu diperkatakan sekitar tahun 1990-an.

“Memang dalam naskah ini ditonjolkan babak yang mencabar terutama membabitkan pemujaan dan bacaan mentera tetapi semua ini hanya rekaan, bukan daripada ayat yang diambil daripada buku.

“Saya pasti penerbit dan pengarah meneliti karya ini dan meminta pandangan pakar sebelum dizahirkan memandangkan banyak elemen sensitif yang diterjemahkan tanpa melanggar hukum syarak.

“Pada saya, Pemuja Kubur bukan genre seram semata-mata sebaliknya turut meninggalkan pengajaran jangan membuat perjanjian dengan syaitan yang pastinya dilaknat Allah,” katanya kepada Kosmo! Online

TELEFILEM menarik, Pemuja Kubur lakonan Beto dan Aedy Ashraf.

Pemilik nama Nurkusyairy Zakuan Osman itu mengulas drama terbaharu lakonannya qrahan sutradara muda, Azmir Affandi yang turut membariskan Aedy Ashraff, Kaka Azraff dan Ellie Suriaty.

Pemuja Kubur mengisahkan dua sahabat, Zarul (lakonan Beto) dan Azhar (Aedy) yang mahu mendapatkan bantuan syaitan bagi memenuhi kehendak mereka. Zarul mahu mendapatkan tali pocong untuk menang nombor ekor, manakala Azhar mahu mendapatkan minyak dagu bagi memastikan gadis pujaan hati jatuh ke tangannya.

Bercerita lanjut, Beto berkata, seluruh produksi berdepan cabaran besar namun bersyukur dapat menyempurnakan penggambaran mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Malah akui pemilik aktor berusia 41, itu, antara babak yang paling meninggalkan kesan adalah ketika pemujaan di sebuah tanah perkuburan lama.

Katanya, walaupun lokasi kubur yang digali jauh dari lot kubur sedia ada, pelakon dan kru sentiasa diingatkan supaya menjaga kelakuan dan kata-kata.

“Bukan sebab kami takut dengan benda mistik, sebaliknya lebih kepada memastikan semua yang terlibat dalam produksi ini menjaga kelakuan dan menghormati tempat orang.

“Lokasi babak yang menunjukkan dua sahabat baik itu mengorek kubur perempuan mati bersalin juga agak jauh daripada kubur sedia ada tetapi adegan sebegitu turut menerbitkan rasa insaf.

“Saya dan Aedy juga sentiasa beringat supaya tidak keterlaluan dalam menterjemahkan watak dan perwatakan Zarul serta Azhar agar tidak melebih-lebih,” kongsinya lagi.

Sempat memuji cara kerja Azmil, kata Beto pengarah muda itu mempunyai semangat tinggi dan berani bereksperimentasi bagi mendapatkan hasil terbaik.

Pemuja Kubur yang akan menemui penonton menerusi saluran Astro Citra malam ini (5 Jun) pukul 9 malam. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI