fbpx

PDRM umum pertukaran tujuh pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Logo.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran tujuh pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa serta merta pada 5 Julai depan.

Superintendan Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman, Superintendan Skandaguru Anandan berkata, pertukaran pertama membabitkan Pegawai Turus(D9), Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Superintendan Zairolnizal Ishak yang akan bertukar sebagai Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Sabah.

“Seterusnya, Pegawai Turus Pendataan/Analisa, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Terengganu, Deputi Superintendan (DSP) Shuhaimi Jusoh yang akan bertukar sebagai Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Kelantan dengan memangku pangkat Superintendan.

“Sementara Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Negeri Sembilan, DSP Kamarul Rizal Jenal akan bertukar sebagai Ketua Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dengan memangku pangkat Superintendan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, DSP Mohammad Shofee Tayib akan bertukar sebagai Ketua Polis Daerah Pontian, Johor dengan memangku pangkat Superintendan.

“DSP Wan Mohd. Sokri Wan Yussof yang kini Ketua Jabatan Logistik Dan Teknologi, Kelantan akan memangku pangkat Superintendan sebagai Ketua Jabatan Logistik Dan Teknologi, Pahang.

“Manakala DSP Sila Anak Kadong, Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang, Sarawak akan bertukar sebagai Ketua Polis Daerah Lawas, Sarawak,” jelasnya.

Pertukaran terakhir melibatkan Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Tanah Merah, Kelantan, Asisten Superintendan (ASP) Zamri Mustaffa@Dollah yang akan bertukar sebagai Ketua Jabatan Logistik Dan Teknologi, Kelantan dengan memangku pangkat DSP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI