fbpx

19 lagi kes VOC dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 19 lagi kes Variant of Concern (VOC) termasuk empat kes varian Delta (dahulu dikenali varian India) dikesan melalui survelan genomik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas sampel Covid-19 mulai 24 Mei hingga 4 Jun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kes varian Delta itu dikesan di Labuan melibatkan jangkitan dari luar negara yang merupakan kes-kes dari kluster Layangan Labuan manakala satu lagi kes adalah jangkitan tempatan di  Kuala Lumpur.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes varian Delta (B.1.617.2) kini sebanyak sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Noor Hisham berkata, bagi 15 kes baharu varian Beta yang dahulu dikenali sebagai varian Afrika Selatan ialah enam di Johor, Kelantan (lima) serta masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, dan Terengganu.

“Kesemua kes varian B.1.351 itu merupakan jangkitan tempatan menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 104,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC kini sebanyak 122 termasuk sembilan kes varian Alpha (United Kingdom/ B.1.1.7).

Jelasnya, 16 kes lagi  merupakan Variant of Interest (VOI) iaitu 12 kes varian Theta (P.3), varian Eta (B.1.525) (tiga kes) dan varian Kappa (B.1.617.1) (satu kes).

“Seperti yang diumumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), varian Covid-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik.

“Oleh itu, amalan mengenali varian SARS-CoV-2 mengikut negara ia mula ditemui akan dihentikan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI