fbpx

Bomba tangkap ular ganggu penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas bomba berjaya menangkap ular sawa yang mengganggu penduduk di Taman Sri Pinang, Pontian, di sini hari ini. / FOTO IHSAN BOMBA

PONTIAN – Tindakan pantas sepasukan anggota bomba berjaya menghalang dua ekor ular mengganggu penghuni di dua buah rumah berasingan di daerah ini, hari ini.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelematan Jalan Alsagoff, Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Fairus Abd. Latif berkata, tangkapan pertama dilakukan di kawasan perumahan di Taman Sri Pinang di sini kira-kira pukul 10 pagi.

Jelasnya, reptilia sepanjang 16 meter itu berjaya ditangkap ketika bersembunyi di kawasan perumahan terbabit.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, enam anggota mengambil masa kira-kira dua minit untuk menangkap reptilia itu.

“Dalam kejadian kedua pula melibatkan seekor ular hitam sepanjang dua meter yang berada di bawah mesin basuh sebuah rumah di Lorong 6, Taman Mawar, Jalan Parit Masjid pada pukul 2.48 petang tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujar beliau, cuaca panas antara faktor reptilia berkenaan mencari tempat untuk berteduh.

Katanya, kedua-dua ekor ular terbabit kemudiannya dilepaskan ke habitat asal jauh daripada penempatan penduduk. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI