fbpx

Padah pakai gelang merah jambu lepak di taman rekreasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja lelaki yang memakai gelang merah jambu ini telah dikenakan kompaun RM4,000.

JEMPOL – Tindakan seorang remaja lelaki yang masih memakai gelang merah jambu melepak di taman rekreasi tidak jauh dari rumahnya di Taman ACBE Bahau, pagi tadi, mengundang padah dan bahaya serta telah dikenakan kompaun sebanyak RM4,000.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kesalahan berkenaan disedari pasukan petugas pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kira-kira pukul 9 pagi ketika melaksanakan tugas di kawasan perumahan berkenaan.

Menurutnya, turut dikompaun ialah tiga remaja lelaki berusia 18 dan 20 tahun di dalam sebuah kenderaan berhampiran lokasi berkenaan yang dipercayai rakan kepada lelaki bergelang merah jambu kerana gagal mengikut kapasiti kenderaan yang dibenarkan iaitu hanya dua individu.

“Ketiga-tiga remaja lelaki itu dikenakan kompaun sebanyak RM2,000. Selain itu, dua kompaun turut dikeluarkan pukul 4 petang semalam membabitkan kesalahan dua rakan lelaki berusia 30an dan wanita berusia 20an yang melawat rakan mereka yang sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah.

“Dua individu tersebut didapati gagal mematuhi arahan ketua pengarah yang berpotensi menyebabkan berlakunya penularan jangkitan dan dikenakan denda sebanyak RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, secara keseluruhanya, sepanjang penguatkuasaan pasukan petugas pematuhan SOP PKP semalam hingga 4 petang tadi, sebanyak 23 kompaun dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan dengan nilai keseluruhan kompaun RM46,500.

Menurutnya, selain kes membabitkan individu dikuarantin, kesalahan lain yang dikesan membabitkan dua kompaun kepada seorang lelaki dan perempuan yang dikesan tiada permit merentas negeri pada pukul 10 malam semalam.

“Malah, dalam penguatkuasaan pada waktu yang sama, empat lelaki dikesan menaiki sebuah kenderaan yang sama dan turut dikompaun kerana melebihi had yang dibenarkan dalam sebuah kenderaan,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI