fbpx

Rins patah tangan kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RINS terlepas aksi di GP Barcelona esok selepas mengalami kecederaan patah tangan ketika melakukan latihan berbasikal. – AFP

BARCELONA – Pelumba pasukan Suzuki, Alex Rins terus di­timpa malang apabila tidak akan beraksi pada perlumbaan Grand Prix (GP) Barcelona di Litar Catalunya esok selepas mengalami patah tangan.

Dia mengalami kecederaan itu ketika sedang melakukan latihan berbasikal di dalam trek sebelum dia terjatuh dan menyebabkan tangan kanannya patah.

Justeru, pelumba Sepanyol itu terpaksa menjalani pembedahan dan dia memerlukan sekurang-kurangnya empat hingga enam minggu untuk kembali cergas sepenuhnya.

“Apa yang berlaku hari ini (kelmarin) adalah sesuatu yang sangat mengecewakan. Saya memang mahu berlumba di sini kerana ia adalah perlumbaan di laman sendiri.

“Saya akan menjalani pembedahan Jumaat ini (semalam), kemudian barulah dapat tahu berapa lama saya perlu berehat sebelum kembali semula ke dalam litar,” kata Rins.

Pada masa sama, pelumba Sepanyol itu tidak pasti sama ada dia sempat pulih ataupun tidak bagi menyertai perlumbaan GP Jerman di Litar Sachsenring 20 Jun ini.

Sementara itu, Suzuki turut mengesahkan mereka tidak akan menggantikan Rins de­ngan pelumba lain pada GP Barcelona biarpun penunggang uji, Sylvain Guintoli sudah berada di Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI