fbpx

Beberapa kawasan di Perak dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Perak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad ini sehingga 19 Jun depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan tersebut diambil selepas kesemua kawasan terbabit merekodkan kes positif dengan kebolehjangkitan yang tinggi.

Beliau berkata, antara kawasan yang dikenakan PKPD di negeri itu adalah Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, Mukim Ulu Kinta dan Taman Kerian Tambahan, Parit Buntar, Kerian.

“PKPD turut dikenakan ke atas tiga perkampungan Batu 9 Lekir, Mukim Lekir, Manjung, melibatkan Kampung Tanjung Kepah, Kampung Batu 9 dan Kampung Sungai Lombong.

“Turut dikenakan PKPD adalah di Taman Berkat, Mukim Matang daerah Larut, Matang dan Selama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, PKPD juga turut dilaksanakan di empat kampung di Mukim Pengkalan Hulu dan Mukim Kerunai, Hulu Perak.

Katanya, antara kampung yang terlibat adalah Kampung Air Panas dan Kampung Kuak Luar, Mukim Pengkalan Hulu serta Kampung Alai dan Kampung Baharu (sebahagian dari Kampung Lalang) di Mukim Kerunai.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan jangkitan di kesemua lokaliti ini dapat dibendung secepat mungkin,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI