fbpx

Amir Raja Lawak jual air jagung tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIR RAJA LAWAK menjalankan perniagaan menjual air jagung di sekitar Kajang, Selangor.

PETALING JAYA – Kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang.

Barangkali peribahasa tersebut sesuai menggambarkan kehidupan sesetengah rakyat Malaysia yang terus terhimpit disebabkan pandemik Covid-19. Tidak terkecuali, Amir Raja Lawak.

Amir atau nama sebenarnya, Mohammad, Amirullah Azmi, 32, kini membocorkan satu lagi sumber rezeki dengan menjual air minuman di tepi jalanan secara kecil-kecilan dengan jenama, Air Jagung Amirreka.

Kesungguhan dan kecekalan Amir yang pernah menyertai program realiti, Raja Lawak musim ketiga mendapat perhatian netizen dalam gelanggang media sosial. Masing-masing memuji kesedapan air jagung yang dijualnya.

PERKONGSIAN seorang peminat tanda sokongan terhadap bisnes Amir Raja Lawak.

“Kalau anda masih ingat Amir Raja Lawak yang kecil-kecil itu, dia setiap hari berniaga air jagung di kawasan rumah saya.

“Dekat tepi jalan sahaja dan sedap gila air jagung dia jual. Pekat dan tak terlalu manis. Yang duduk area Kajang bolehlah sokong perniagaan dia,” ciap seorang pengguna Twitter, @AidaSue.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! Online, selain mengerah tenaga dan berpanas bawah terik mentari, Amir yang juga suami kepada Nur Intan Syafinaz Shaari itu ligat memperomosikan jenama minumannya menerusi akaun Instagram, @airjagungamirreka_hq.

Biarpun diduga dengan rezeki dalam bidang lakonan dan komedi yang tidak menentu, anak kelahiran Kubang Kerian, Kelantan itu tetap berjaya muncul dengan drama terbaharu terbitan Awesome TV berjudul Man Transform. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI