fbpx

Kilang kayu tipu isytihar perniagaan hardware dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUNGAI SIPUT – Padah mengisytiharkan operasi perniagaan sebagai premis perkakasan ‘hardware’ menyebabkan sebuah kilang kayu di Kawasan Perindustrian Sungai Siput di sini dikompaun RM10,000 hari ini.

Pemeriksaan di kilang berkenaan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota diketuai Inspektor Abdul Wahed Hamid bersama pasukan Jabatan Perhutanan Kuala Kangsar pada pukul 10.45 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, semakan mendapati kilang itu beroperasi dengan kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) namun memalsukan jenis operasi perniagaan.

Katanya, pemilik premis berusia 70-an itu maklum atas pelanggaran SOP yang dilakukan dan akur operasi kilangnya adalah perniagaan bukan keperluan.

“Kompaun RM10,000 dikeluarkan ke atas pemilik premis di bawah Peraturan 17(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Lapan pekerja tempatan yang berada di kilang itu pula dikompaun RM2,000 setiap seorang mengikut Seksyen 17 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya di sini hari ini.

Turut ditahan17 pekerja Bangladesh yang kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput untuk tindakan lanjut.

Susulan tindakan tersebut kilang itu diarah tutup serta-merta manakala aduan telah dikemukakan kepada MITI bagi membatalkan kelulusan operasinya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN