fbpx

Perak perkenal lima inisiatif kendurkan jangkitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani

IPOH – Kerajaan negeri Perak mengambil langkah segera untuk melaksanakan lima inisiaitif dalam usaha mengendurkan peningkatan kes positif Covid-19 yang mencatatkan lebih 8,000 kes positif sehari di seluruh negara ketika ini.

Lima inisiatif tersebut termasuk program saringan Covid-19 secara bersasar, vaksinasi pandu alu, program outreach vaksinasi Covid-19, penyediaan pengangkutan penerima vaksin dan pembelian vaksin oleh syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, inisiatif tersebut memfokuskan pemberian vaksin kepada rakyat bagi mencapai imuniti kelompok dengan segera.

Menurut beliau, langkah yang diambil itu adalah demi meningkatkan kesiapsiagaan dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

“Kerajaan negeri menetapkan sasaran 15,000 suntikan harian mulai bulan ini berbanding purata 8,000 suntikan harian pada Mei.

“Jika ini boleh dilakukan, fasa kedua program imunisasi dapat diselesaikan segera bagi membolehkan fasa ketiga dimulakan,” ujarnya menerusi sidang akhbar secara atas talianhari ini.

Jelas Saarani, sasaran itu dijangka meningkat bermula Julai hingga September berikutan Kerajaan Persekutuan menjangkakan kemasukan 12 juta vaksin Sinovac pada Julai dan 25 juta vaksin Pfizer. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI