fbpx

Bilangan katil rawat pesakit Covid-19 ditambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi (kiri) melihat proses menyuntik vaksin pada seorang penerima warga emas semasa melawat Pusat Pemberian Vaksin Kedua di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin, Kerian hari ini.

BAGAN SERAI – Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sedang menggandakan usaha untuk meningkatkan kualiti rawatan terhadap pesakit Covid-19 di negara ini termasuklah menambah bilangan katil di semua pusat rawatan sedia ada.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pihak kementerian sentiasa meletakkan perkara itu sebagai keutamaan dalam perang melawan wabak berkenaan khususnya keperluan rawatan di hospital setiap negeri.

Menurut beliau, selain katil peralatan lain yang penting ialah alat bantuan pernafasan bagi merawat kes jangkitan serius.

“Tahap kita kini ketika memang sangat mendesak kerana bilangan pesakit bertambah, justeru kementerian sentiasa mengemas kini keperluan hospital-hospital khususnya bilangan katil tambahan yang diperlukan.

“Bagaimana pun, situasinya tidaklah sampai meletakkan pesakit di kaki lima, tidak mungkin kerana kita masih mempunyai kemampuan daripada segi logistik,” ujarnya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Kedua di Daerah Kerian di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin di sini hari ini.

Menurut Noor Azmi, pihak kementerian menerusi Jabatan Kesihatan Negeri akan segera bertindak menangani permasalahan sekiranya terdapat kesesakan yang serius di hospital atau pusat rawatan Covid-19.

“Pada masa sama, rawatan bagi pesakit yang bukan dijangkiti Covid-19 tetap diberi perhatian cuma bagi kes-kes Covid-19 ia lebih spesifik.

“Kita sarankan pada rakyat dalam keadaan darurat ini supaya duduk dirumah bagi memutuskan jangkitan dan kerana itulah juga kerajaan memperkenalkan sekatan pergerakan penuh sekali lagi,” katanya

Sementara itu, mengenai pemberian vaksin kepada ibu mengandung, kata Noor Azmi, golongan itu akan diberikan vaksin jenis Pfizer.

Kata beliau, bagi melancarkan urusan mendapatkan suntikan vaksin, orang ramai disaran mengemaskini status mereka menerusi aplikasi MySejahtera. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI