fbpx

Kes penipuan penjualan kereta dalam talian meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan peningkatan kes membabitkan penipuan penjualan kereta secara dalam talian pada tahun ini dengan kerugian sebanyak RM5,424,828.67.

Difahamkan, penawaran harga yang lebih murah daripada pasaran dan kemudahan untuk mendapatkan akses kepada jumlah barangan yang lebih banyak menjadikan aplikasi urus niaga dalam talian atau e-dagang menjadi pilihan.

Kepelbagaian barangan yang diniagakan tidak lagi terhad kepada barangan asas dan kecil namun turut merangkumi barangan yang lebih besar seperti kenderaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, sehingga Mei tahun ini, sebanyak 461 kes telah dicatatkan dengan kerugian RM5,424,828.67 dan berlaku peningkatan sebanyak 94.5 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu (Januari hingga Mei) dengan kerugian RM1,399,926.89.

“Pada tahun 2019, sejumlah 552 kes telah dilaporkan dengan jumlah kerugian sebanyak RM3,204,360.71. Jumlah ini telah meningkat kepada 678 kes bersamaan 22.8 peratus pada tahun 2020 dengan kerugian sebanyak RM5,926,165.05.

“Siasatan mendapati, modus operandi yang sering digunakan adalah dengan menawarkan harga kenderaan import terpakai yang murah kononnya dari Singapura, Thailand atau Langkawi menggunakan media sosial sebagai medium pengiklanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, harga yang ditawarkan adalah lebih murah dari pasaran semasa.

“Mangsa yang berminat dengan tawaran tersebut akan diminta untuk memasukkan wang ke akaun keldai yang kononnya bagi pembayaran wang proses, cukai jalan, geran, cukai kastam dan sebagainya.

“Bagaimanapun, setelah wang dimasukkan, kereta yang dijanjikan tidak diterima,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI