fbpx

Kontrak RM1.8 juta Hye-kyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYE-KYO

DISEBABKAN populariti, bekas isteri kepada pelakon Soong Joong-ki, Song hye-go kini bukan sahaja menjadi rebutan penerbit drama dan filem malah turut dikejar pelbagai jenama besar dan terkenal dunia.

Baru-baru, pelakon itu membuat pendedahan jumlah bayaran sebanyak RM1.8 juta yang diterimanya hasil kerjasama dengan sebuah jenama antarabangsa terkenal.

Terbaharu, Hye-kyo telah diangkat sebagai duta global jenama Fendi baru-baru ini.

Dikhabarkan bahawa pelakon jelita itu menerima bayaran sebanyak US$450,000 (RM1.86 juta) hanya bagi aktiviti promosi jenama tersebut menerusi laman media sosialnya seperti Instagram.

Pelabur berani dan yakin untuk bekerjasama bersamanya memandangkan Hye-ko mempunyai lebih daripada 11 juta pengikut dalam Instagram.

Terdahulu, Song Hye-kyo dan bekas suaminya memfailkan perceraian mereka di Mahkamah Keluarga Seoul pada 26 Jun 2019 setelah dua tahun berkahwin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI