fbpx

YouTuber, Dawn Lee mati akibat kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAWN LEE

SELEPAS dua tahun bertarung dengan penyakit kanser, selebriti media sosial dan YouTuber kecantikan terkenal Korea Selatan, Dawn Lee meninggal dunia baru-baru ini.

Berita pemergian Dawn Lee atau nama sebenar Lee Saeb-yeok disahkan oleh agensi pengurusannya, Ice Creative.

Sebelum ini, pada Februari 2019, Dawn Lee membuat pendedahan tentang derita kanser limfoma yang sedang dihidapi.

YouTuber kecantikan berusia 30 tahun itu juga pernah berkongsi momen-momen melakukan rawatan kemoterapi pada Mei 2019.

Pada Mac tahun lalu, dia berkongsi perkembangan terkini kesihatan dan kondisi mentalnya yang semakin tenang berdepan penyakit tersebut.

“Mental dan emosi saya terganggu beberapa hari lalu. Sebelum ini di hospital saya diberitahu untuk mempersiapkan diri kerana mungkin akan meninggal.

“Sekarang ini saya lebih tenang. Biarpun mampu berkongsi perkembangan tapi masih ada rasa takut,” katanya.

Perkongsian terakhirnya dalam YouTube dibanjiri ucapan duka daripada pengikut.

Untuk rekod, saluran YouTube milik Dawn Lee yang memuatkan kandungan tentang kecantikan dan fesyen memiliki lebih 700,000 pengikut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI