fbpx

Timbunan barang lusuh hampir cecah siling flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah rumah yang dijadikan tempat penyimpanan barang lusuh di Flat Bukit Gedung, Bayan Lepas semalam. – MOHAMMAD FIRDAUS AMRAN

GEORGE TOWN – Penduduk di sebuah flat di Bukit Gedung, Ba­yan Baru di sini semakin tertekan dengan sikap seorang penghuni lelaki yang menjadikan koridor rumah sebagai tempat longgokan barang lusuh sejak tiga bulan lalu.

Penghuni yang dikatakan tinggal bersendirian itu dipercayai mula menghimpunkan barangan seperti pakaian lusuh, kasut, perabot, rak besi dan kayu setelah ruang dalaman kediamannya juga dikatakan sudah penuh.

Difahamkan, ini merupakan kejadian kedua melibatkan penghuni lelaki itu selepas dia dikatakan melakukan perkara sama di kediaman lamanya yang terletak berhampiran dengan rumahnya itu pada tahun 2019.

Kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sampah di segenap ruang kediaman sewa yang me­nempatkan dua bilik tidur dan sebuah bilik air itu dianggarkan lebih lima tan menggunakan tujuh buah lori terbuka (roro).

Tinjauan di kediaman lelaki itu semalam mendapati pintu dan tingkap rumahnya berada dalam keadaan tertutup, manakala terdapat longgokan barang lusuh yang hampir beberapa jengkal mencecah bahagian siling hadapan tempat tinggalnya itu.

Seorang penduduk yang ha­nya mahu dikenali sebagai Rina Salleh, 41, berkata, dia tidak sanggup melihat keadaan timbunan barang lusuh di hadapan rumah penghuni terbabit yang semakin hari dilihat semakin memuncak tinggi.

Menurutnya, mereka juga tidak sanggup lagi berbincang dengan penghuni lelaki itu di­sebabkan sikap panas barannya yang membuatkan ramai penduduk mula menjauhkan diri dan tidak mengambil peduli.

“Kami penduduk bimbang jika ada sebarang kecemasan dan terpaksa melalui laluan di hadapan rumahnya itu yang kini semakin hari semakin sempit.

“Kebimbangan turut dirasai sekiranya berlaku kemalangan melibatkan kanak-kanak atau penduduk dewasa yang cedera dihempap perabot seperti kerusi atau benda berat yang dilonggok di situ,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Ahmad Shafiee, 49, pula memberitahu, pelbagai pendekatan telah dilakukan termasuk berjumpa dengan penghuni tersebut.’Dia buat hal lagi’Katanya, bagaimanapun dia dengan angkuh meminta penduduk di situ menggunakan la­luan lain sebagai alternatif untuk turun ke tingkat bawah selain tidak membenarkan lagi orang ramai melalui kawasan kediamannya itu.

“Tidak cukup membawa balik atau menghimpun barangan terpakai di hadapan rumah, kini dia menjadikan ruang tempat letak motosikal sebagai port baharu longgokan barang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI