fbpx

Lukaku sudah buat keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU mengesahkan bahawa dia akan terus kekal di San Siro bersama Inter biarpun beberapa pasukan cuba mendapatkan khidmatnya. – AFP

BRUSSELS – Penggempur Inter Milan, Romelu Lukaku menamatkan spekulasi me­ngenai masa depannya selepas menga­kui mahu terus kekal bersama pasukannya itu.

Penyerang utama Belgium itu berjaya menempatkan diri dalam kalangan penyerang terbaik Eropah selepas aksi cemerlangnya bersama Inter menyerbabkan dia terpalit dengan spekulasi perpindahan ketika Chelsea dan Manchester City menunjukkan minat.

Lukaku mengakui dia sudah bercakap dengan Simone Inzaghi yang akan mengemudi pasukan itu bermula musim depan dan membuat keputusan untuk kekal di San Siro.

“Ya, saya akan kekal di Inter. Saya sudah berhubung dengan jurulatih baharu, kami menikmati perbualan yang sangat positif. Saya rasa lebih baik untuk kekal di Inter dan menyahut cabaran untuk mengekalkan kejuaraan Serie A,” katanya.

Dalam pada itu, Lukaku mengakui sangat terkilan apabila jurulatihnya, Antonio Conte­ meletakkan jawatan di Inter bulan lalu selepas membantu pasukan itu memenangi kejua­raan Scudetto.

“Apa yang saya nikmati ketika ini adalah hasil bantuan beliau. Kritikan yang diberikan sentiasa membantu saya dan tidak membuatkan saya berasa kecil hati atau kecewa, sebalik­nya meningkatkan semangat untuk memberikan yang terbaik.

“Apabila saya mendengar mengenai keputusannya untuk meninggalkan pasukan ini, saya dan para pemain lain sangat sukar menerimanya. Kami adalah sekumpulan pemain yang sa­ngat dahagakan kejayaan tetapi kehilangannya menyebabkan semangat itu seakan terhenti,” jelasnya.

Lukaku berjaya menjaringkan 64 gol dalam 95 aksi ber­sama Inter selepas berhijrah dari Old Trafford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI