fbpx

Situasi Alex-Arnold resahkan Southgate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEX-ARNOLD (kiri) berdepan kecederaan ketika menentang Austria sekali gus menyebabkan peluangnya beraksi di Euro 2020 samar. – AFP

MIDDLESBROUGH – Pengurus England, Gareth Southgate dibelenggu rasa bimbang selepas pemain pertahanan, Trent Alexander-Arnold mengalami kece­deraan ketika menang 1-0 ke atas Austria pada aksi persahabatan di Stadium Riverside awal pagi semalam.

Justeru, ia menimbulkan keraguan sama ada bek kanan Liverpool itu sempat pulih ataupun tidak menjelang saingan Euro 2020 yang akan bermula 12 Jun ini.

Kata Southgate, pasukan perubatan skuad The Three Lions akan memantau perkembangan Alexander-Arnold sebelum beliau membuat keputusan untuk menggantikan pemain itu.

“Ia bukan petanda yang baik apabila pemain terpaksa meninggal­kan padang dalam keadaan seperti itu. Kami sudah hampir dengan kejohanan, namun kecederaan seperti ini membuatkan saya pening.

“Kami akan pantau keadaannya dalam tempoh 48 jam. Selepas itu, barulah saya akan buat keputusan mengenainya (di­pilih ke Euro ataupun tidak),” kata Southgate.

Mengulas aksi yang ditampilkan England pada perlawanan itu, beliau mengakui anak-anak buahnya bermain dengan baik, namun kecederaan yang dialami beberapa pemain pada penghujung perlawanan sedikit merencatkan permainan mereka.

“Kami menentang sebuah pa­sukan yang sangat baik tetapi pemain sudah memberikan segala-galanya. Dalam sejam pertama, kami mendominasi permainan tetapi aksi kian menurun selepas ada pemain mengalami kejang otot,” ujarnya.

Pada perlawanan itu, bintang muda Arsenal, Bukayo Saka menjadi wira The Three Lions apabila menjaringkan gol kemenangan selepas menyempurnakan pe­luang terhidang pada minit ke-56. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN