fbpx

Polis kesan wanita hina polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar wanita yang mengeluarkan kata kesat berhubung sekatan jalan raya

KUALA LANGAT – Polis kini mengesan seorang wanita yang tular menghina polis berhubung sekatan jalan raya (SJR) di Bandar Saujana Putra, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, ini berikutan laporan diterima semalam susulan penularan rakaman video wanita itu yang mempertikaikan pihak polis hanya membuka satu lorong di SJR tersebut.

“Kita telah mengenal pasti wanita itu untuk tindakan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Kesekaaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 7 saat menunjukkan seorang wanita menghina polis dengan kata-kata kesat.

Tindakan wanita itu susulan mempertikaikan pembukaan hanya satu lorong dalam SJR. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI