fbpx

103 kes kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Urusan pengebumian jenazah pesakit Covid-19. - Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka kes kematian kekal merekodkan tiga digit dengan 103 kes hari ini, menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 kini mencecah 3,096 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian pula mencatatkan 8,209 kes termasuk 64 kes import dengan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 595,374 kes.

“Pesakit yang dirawat dan diasingkan juga terus meningkat dengan 83,331 kes hari ini.

“Ia termasuk 880 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 446 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Ujarnya lagi, kes sembuh merekodkan sebanyak 7,049 kes hari ini dengan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 508,947 kes. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI