fbpx

Pengantin belanjakan RM87,658 sajikan ayam KFC kepada tetamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan pengantin ini amat menggemari KFC dan makan menu tersebut setiap minggu sejak 12 tahun yang lalu. - SWNS

LONDON – Sepasang suami isteri yang juga  penggemar menu makanan segera,  Kentucky Fried Chicken (KFC), membelanjakan wang sebanyak  £15,000 (RM87,658) bagi membeli hidangan Bargain Buckets KFC untuk dijamu kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka, lapor laman berita Daily Records semalam.

Elliot dan Jessica Caswell-James memberitahu, mereka berkongsi satu menu ayam goreng tersebut semasa janji temu pertama 12 tahun lalu.

Semenjak  itu, pasangan tersebut akan makan KFC pada setiap minggu.

Bagi meraikan hari bahagia mereka, pasangan tersebut memberikan bakul berisi juadah KFC yang ditempah khas bersama barangan cenderahati lain kepada semua tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan mereka tahun lalu.

Jessica juga mendedahkan bahawa semasa mengandungkan  anak perempuan mereka, Eva, dia mengidam untuk makan KFC.

“Semasa hamil, saya sangat mengidam untuk makan kepak pedas KFC bersama sos selepas memastikan ia benar-benar selamat untuk dimakan ibu hamil,” kata Jessica.

Mereka yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan pertama menang satu pertandingan anjuran KFC dan dinobatkan sebagai peminat KFC paling setia di Britain oleh rangkaian restoran makanan segera popular itu.

Pasangan tersebut yang berasal dari Tipton, dekat Birmingham, menerima hadiah berupa lawatan ke cawangan KFC pertama yang terletak di Kentucky, Amerika Syarikat.

“Saya sangat teruja apabila menerima e-mel daripada KFC yang menyatakan bahawa kami menang pertandingan itu.

“Saya rasa ia sangat lengkap. Kami makan KFC semasa hari perkahwinan dan teruja untuk melawat restoran KFC pertama di dunia, belajar tentang sejarahnya dan mengambil gambar,” kata Jessica. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI