fbpx

Majikan boleh dikompaun RM50,000 ingkar arahan BDR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Mana-mana syarikat atau premis yang didapati tidak mematuhi arahan bekerja dari rumah (BDR) terkini serta melanggar  prosedur operasi standard (SOP) akan diarahkan tutup serta-merta selama tujuh hari dan dikompaun maksimum RM50,000.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan ketara jumlah aduan yang diterima melalui aplikasi Working for Workers (WFW) berhubung majikan yang tidak membenarkan pekerja untuk BDR.

Menurutnya, setakat ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerima 1,121 aduan berhubung majikan yang tidak membenarkan BDR sejak kategori itu diperkenalkan dalam aplikasi WFW pada 23 Mei lalu.

“Pegawai penguat kuasa Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung  Malaysia serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah diberi kuasa mengkompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) berkuat kuasa 1 Jun lalu

“Langkah ini bertujuan untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berhubung keperluan 40 pekerja pekerja sektor swasta untuk BDR,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berhubung aduan lain, Saravanan berkata, sejumlah 1,767 aduan diterima di aplikasi WFW melibatkan 16 kategori bagi tempoh 3 Mei sehingga 2 Jun lalu.

Menurutnya, daripada jumlah itu, aduan membabitkan gaji tidak dibayar dan pembayaran gaji lewat adalah sebanyak 260 kes, pembuangan kerja tanpa notis (73 kes), tiada pembayaran lebih masa dan faedah pemberhentian (68 kes) dan lain-lain.

Tambahnya, negeri yang merekodkan paling banyak jumlah aduan sehingga kini adalah Kuala Lumpur dengan 511 kes diikuti Selangor (580 kes), Johor (223 kes), Pulau Pinang (134 kes) dan lain-lain.

“Saya menggesa semua majikan untuk mematuhi dan memberikan kerjasama penuh terutamanya dalam tempoh yang kritikal ini kerana usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 memerlukan sokongan semua pihak termasuk majikan dan pekerja,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI