fbpx

Polis tahan suspek dipercayai terbabit kes cabul peserta Unduk Ngadau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis hari ini menahan seorang ahli politik Parti Star Sabah ekoran didakwa mencabul salah seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan 2021. -Foto IHSAN PEMBACA

KOTA KINABALU – Polis hari ini menahan seorang ahli politik Parti Star Sabah ekoran didakwa mencabul salah seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan 2021.

Lelaki berkenaan ditahan selepas membuat sidang media berhubung dakwaan terbabit di pejabatnya di Asia City kira-kira pukul 1 petang tadi.

Difahamkan, sidang media terbabit dibuat berikutan tindakan mahkamah yang akan diambil ke atas dua individu dan sebuah laman blog dipercayai berkaitan video yang disiarkan menunjukkan beliau berselisih faham dengan pengawal keselamatan serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Penampang bulan lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, suspek sudah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan jika sabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Hazani berkata, pihaknya juga sudah memanggil peserta Unduk Ngadau yang menjadi mangsa untuk diambil keterangannya hari ini.

Menurut Hazani, wanita berusia 20-an berkenaan dipanggil untuk membantu siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

Terdahulu, Hazani sebelum ini menegaskan polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan polis seorang peserta Unduk Ngadau peringkat negeri yang mendakwa dicabul salah seorang ahli jawatankuasa penganjur pertandingan itu.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI