fbpx

Anak tuntut RM6,000, jaga mak nazak Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Seorang anak sanggup menuntut wang berjumlah RM6,000 daripada akaun bank milik arwah ibunya sejurus wanita itu dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Berita sedih itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @hypePeep yang menceritakan kisah berkenaan di laman sosial miliknya hingga mendapat ciapan balas lebih 5,000 netizen.

Menerusi ciapannya, wanita terbabit mendedahkan kejadian berkenaan berlaku di sebuah wad apabila seorang wanita berusia 96 tahun dilaporkan tenat kerana melawan Covid-19.

“Disebabkan umur yang sudah tua, kita aturkan untuk anak dia yang juga positif Covid-19 menjaga emaknya di wad hingga akhir hayat wanita itu.

“Setelah dua hari memakai alat bantuan pernafasan, akhirnya dia dijemput Ilahi. Aku juga sedih untuk isyhtiharkan kematian depan anak dia,” ciapnya.

Tangkap layar ciapan yang dimuat naik wanita berkenaan di laman Twitternya.

Bagaimanapun, tanggapan wanita terbabit meleset apabila reaksi yang diberikan si anak berhubung kematian emaknya tidak seperti diharapkan.

Jelas wanita itu, dia juga mendengar perbualan si anak yang mahu menuntut wang berjumlah RM6,000 kerana menjaga emaknya ketika tenat.

“Wei, mak dah mati ini, sebab aku yang jaga mak kat wad Covid-19, duit RM6,000 kena bagi dekat aku, aku sempat ambil nombor pin mak,” ciapnya.

Sementara itu, ketika menjelaskan sama ada cerita yang ditulis benar atau tidak selain dibuat oleh golongan anti vaksin, wanita itu menafikannya.

“Aku dah lengkapkan dua dos vaksin. Ingat dengan sibuk kerja “donning, doffing dan electrolyte correction” dalam tu (wad), sempat ke nak buat cerita,” tegasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI