fbpx

Usahawan FAMA guna aplikasi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aplikasi Mukmin Rider turut diperkenalkan kepada usahawan FAMA di 16 lokasi Pasar Tani Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya serta MFO Putrajaya. - Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 42 lokasi Pasar Segar Terkawal (PST) di seluruh negara dibuka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh Fasa Pertama bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun depan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ia terdiri daripada 24 buah pasar tani kekal, dua buah cawangan MyFarm Outlet (MFO), 14 buah Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan dua buah agro bazaar.

Katanya, pihaknya sebelum ini turut turun padang untuk melihat kesediaan MFO dalam membekalkan keperluan harian secara online, pra-pesanan, penghantaran serta pandu lalu khususnya kepada penduduk sekitar Putrajaya.

“FAMA akan bekerjasama dengan Mukmin Pay Sdn. Bhd. mewujudkan peluang pekerjaan baru menerusi Program Mukmin Mart Rider khususnya kepada belia yang sedang mencari pekerjaan ketika pandemik Covid-19.

“Sekiranya mereka berminat, mereka boleh mendaftar sebagai penghantar makanan melalui aplikasi Mukmin Rider di Play Store dan juga di App Store. Aplikasi ini direka dan diuruskan oleh syarikat Mukmin Pay Sdn. Bhd,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, aplikasi ini turut diperkenalkan kepada usahawan FAMA di 16 lokasi Pasar Tani Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya serta MFO Putrajaya.

Katanya, sehingga kini, aplikasi ini telah berjaya mendaftarkan 300 usahawan FAMA dan 500 orang rider. Manakala seramai 3,000 orang pengguna telah menggunakan aplikasi tersebut,” jelas beliau dalam kenyataan itu.

Mukmin Pay Sdn. Bhd. menyasarkan pendaftaran usahawan di mana-mana cawangan pemasaran FAMA di seluruh negara dan dijangkakan seramai lima ribu orang usahawan akan mendaftar dengan nilai jualan sebanyak RM6.5 juta pada penghujung tahun ini.

“Sekiranya pengguna ingin mendapatkan info yang lebih lanjut mengenai tarikh dan waktu operasi di semua cawangan FAMA seluruh negara, mereka boleh melayari laman web rasmi FAMA untuk mendapatkan maklumat tersebut,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI