KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan dituduh di dua mahkamah berasingan di sini juga di Pulau Pinang pada esok dan minggu depan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui satu kenyataan berkata, Guan Eng akan dituduh berkait kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
“SPRM mendapat izin daripada Peguam Negara untuk menuduh beliau di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta pada pukul 9 pagi 7 Ogos mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.
“Kemudian pada 10 dan 11 Ogos pula, beliau akan dituduh di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengikut Sesyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.
Terdahulu, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu telah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan tiba kira-kira pukul 9.10 malam. – K! ONLINE