fbpx

Penganggur didakwa dera anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tarmizi ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mendera anak lelakinya.

SHAH ALAM – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mendera anak lelakinya berusia 2 tahun di rumahnya, minggu lalu.

Tertuduh, Tarmizi Khairul Badri Abbas, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mendera anak lelakinya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di rumahnya di USJ19, Subang Jaya pukul 5 petang pada 26 Mei lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abdul Rahman menawarkan jaminan RM18,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak boleh mendekati isteri dan mangsa yang merupakan anaknya sendiri serta melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Tarmizi yang tidak diwakili peguam memohon ikat jamin dikurangkan berikutan tidak mempunyai pekerjaan selain hanya menjadi ‘suri rumah’ menjaga anaknya di rumah.

Mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 bersama seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes pada 4 Ogos depan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI