fbpx

Netanyahu bakal tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita berjalan melintasi poster memaparkan Netanyahu (kiri)) dan pencabarnya, Lapid di Baitulmuqaddis pada 22 Mac lalu. - AFP

TEL AVIV – Pemimpin pembangkang Israel,  Yair Lapid menyatakan lewat semalam bahawa beliau berjaya membentuk sebuah kerajaan campuran untuk menamatkan pentadbiran pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Netanyahu merupakan Perdana Menteri Israel  paling lama memegang jawatan tersebut.

Sekiranya disahkan oleh 120 anggota Knesset  (Parlimen Israel), kerajaan campuran itu akan mengakhiri pemerintahan Netanyahu.

Lapid membuat pengumuman itu menjelang tarikh akhir tengah malam semalam selepas rundingan maraton dengan berbilang parti yang berbeza fahaman politik tetapi bersatu kerana keinginan mereka untuk menumbangkan Netanyahu.

“Saya berjaya. Saya berjanji bahawa kerajaan baharu ini akan berkhidmat kepada semua rakyat Israel,” kata Lapid yang merupakan bekas pembaca berita televisyen dalam satu kenyataan di Facebook

Jutawan berhaluan kanan, Naftali Bennett, 49, akan menjadi Perdana Menteri dahulu selama dua tahun dalam persetujuan giliran sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Lapid untuk tempoh dua tahun seterusnya.

“Dengan pertolongan  Tuhan,  kita akan melakukan bersama-sama apa yang terbaik untuk Israel,” kata Bennett kepada Presiden Israel, Reuven Rivlin selepas Lapid memaklumkan perkara itu kepada Rivlin.

Lapid mencapai persetujuan dengan tujuh parti politik untuk mewujudkan blok anti Netanyahu tersebut termasuk Parti Yisrael Beitenu , Parti Buruh, Parti Meretz serta Parti Biru dan Putih.

Kerajaan campuran itu turut menerima sokongan parti  Raam yang mewakili penduduk berketurunan Arab di Israel. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI