fbpx

500,000 tuntut eBelia melalui ShopeePay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROMOSI ShopeePay yang telah memberi peluang kepada remaja untuk menuntut e-dompet RM150 dan bakal mendapat pelbagai ganjaran.

PETALING JAYA – ShopeePay merekodkan sambutan luar bia­sa untuk kredit eBelia dengan 500,000 tuntutan dibuat pada hari pertama pelancaran program tersebut kelmarin.

Penuntut yang berjaya, tidak hanya menerima kredit e-dompet RM150, malah dijamin mendapat baucar tambahan bernilai RM500 yang melibatkan penghantaran percuma, pulangan syiling Shopee, baucar ShopeePay Deals Near Me, kad SIM Yes dengan data percuma serta baucar daripada pelbagai jenama lain.

Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee berkata, sejak tahun lalu, pihaknya berusaha keras untuk meningkatkan kehadiran di luar talian di negara ini melalui kerjasama dengan beberapa penyedia penyelesaian pembayaran digital.

ALAIN YEE

Hasilnya, ShopeePay kini diterima di lebih 750,000 titik sentuhan di seluruh negara dan boleh digunakan untuk membuat pembayaran di stesen mi­nyak, kedai makan, pasar raya besar, kedai serbaneka, farmasi dan kedai buku.

“Kami berbesar hati kerana diberi peluang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk menjadi salah satu e-dompet rasmi program eBelia, selari dengan usaha berterusan untuk mengembangkan ekonomi digital Malaysia.

“Walaupun eBelia diumumkan sebagai program bantuan untuk meringankan beban kewangan golongan belia dan menggalakkan pembelanjaan tanpa tunai, kami percaya ia akan memainkan peranan lebih besar untuk menjana aktiviti ekonomi dan jualan peniaga tempatan.

“Dengan penyertaan lebih ramai pengguna ke dalam ekosistem pembayaran tanpa tunai, kesedaran perniagaan lebih kecil tentang kepentingan saluran ini akan bertambah, seterusnya mencorakkan kejayaan bagi ekonomi digital,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Program eBelia dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2021 atau pelajar sepenuh masa yang berdaftar dalam kursus setaraf dengan diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI