fbpx

Senaman ‘gantung diri’ popular di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki melakukan senaman tersebut dengan cara bergantung secara pegun. –Oddity Central

LIAONING, CHINA – Satu trend senaman luar biasa yang memerlukan individu menggantung leher pada tali semakin popular di wilayah Liaoning kerana didakwa boleh menyembuhkan sakit belakang, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Senaman tersebut menjadi kegilaan dalam kalangan warga emas di wilayah tersebut dalam tempoh beberapa tahun ini.

Bagi melakukan senaman itu, seseorang perlu meletakkan lehernya pada seutas abah-abah bertali yang digantung di pokok dan seterusnya menghayunkan badan mengikut gerakan yang digemari.

Mereka boleh memilih sama ada untuk berhayun ke hadapan dan belakang, membuat bentuk bulatan atau sekadar bergantung dalam keadaan pegun.

“Rutin tersebut telah menyembuhkan sakit tulang belakang yang saya alami. Saya tidak perlu lagi mengambil ubat-ubatan.

“Saya juga boleh tertidur ketika melakukan aktiviti itu. Perasaannya amat menakjubkan,” ujar seorang wanita warga emas yang sering melakukan aktiviti senaman itu sekurang-kurangnya 30 minit sehari. 

Pelbagai gerakan hayunan boleh dilakukan mengikut keselesaan individu. – Oddity Central

Abah-abah bertali untuk digunakan dalam senaman itu direka oleh seorang lelaki bernama Sun Rongchun yang mula menggunakannya sekitar 2017  untuk mengurangkan sakit leher.

Disebabkan hasilnya yang mengagumkan, dia mencadangkan bentuk senaman itu kepada orang ramai, sekali gus mewujudkan trend senaman kontroversi tersebut.

Pakar kesihatan memberi amaran bahawa dakwaan itu tidak dibuktikan secara saintifik selain senaman tersebut boleh menyebabkan kecederaan tulang belakang dan mengakibatkan lumpuh. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI