fbpx

Barty hadapi tentangan sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARTY terpaksa melalui aksi tiga set selama hampir dua jam sebelum berjaya menjinakkan Pera pada pusingan pertama awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Pemain No. 1 dunia, Ashleigh Barty terpaksa ‘bermandi peluh’ untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka Perancis selepas menewaskan wakil Croatia, Bernarda Pera selepas aksi diheret ke set penentuan awal pagi semalam.

Pada saingan itu, Barty gagal mempamerkan aksi konsisten terutama pada set kedua sebelum berjaya mengesahkan kemena­ngan ke atas pemain No. 70 dunia itu dengan keputusan 6-4, 3-6, 6-2 dalam tempoh hampir dua jam.

Kata Barty, perasaannya cukup bercampur baur apabila turun ke Roland Garros buat pertama kali sejak menjuarai ka­tegori perseorangan wanita pada edisi 2019 sebelum mengambil keputusan untuk tidak me­nyertai kejohanan bertaraf Grand Slam itu pada tahun lalu ekoran pandemik Covid-19.

“Ini adalah kali pertama saya beraksi di sini dan suasananya cukup berbeza kerana dunia yang kita lalui sekarang cukup berbeza berbanding dua tahun lalu. Ge­langgang Philippe Chatrier juga sentiasa memberi tuah dan saya berharap untuk melangkah jauh pada kejohanan kali ini.

“Mengenai aksi menentang Pera, saya akui berpuas hati de­ngan prestasi yang dipamerkan meskipun ada memberi ruang buat dia bangkit pada babak ke­dua. Apa yang pasti, masih ada ruang serta kelemahan yang boleh saya perbaiki menjelang aksi berikutnya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pemain ranking No. 12 dunia yang juga juara Grand Slam sebanyak dua kali, Petra Kvitova mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan Terbuka Perancis apabila mengalami kecederaan.

“Selepas berbincang dengan barisan kejurulatihan selain melakukan ujian imbasan MRI, saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan saingan dan harap sempat pulih untuk mengharungi Kejuaraan Wimbledon penghujung bulan nanti,” kata Kvitova. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN