fbpx

Djokovic lepasi halangan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC menundukkan Sandgren secara straight-set awal pagi semalam untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis. – AFP

PARIS – Pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke pusingan kedua selepas merekodkan kemenangan ke atas Tennys­ Sandgren dengan keputusan straight-set 6-2, 6-4, 6-2 awal pagi semalam.

Kata Djokovic, kemenangan yang diraih itu sememangnya nampak mudah di atas kertas tetapi ia memerlukan kerja keras terutama apabila kali pertama bersaing di Roland Garros pada waktu malam.

“Ini adalah kali pertama saya bersaing di sini pada waktu malam dan suasananya agak pelik terutama tanpa kehadiran penyokong. Namun, apa yang boleh saya katakan perlawanan pertama sentiasa sukar kerana itulah waktu anda untuk mendapatkan momentum.

“Sandgren juga beraksi de­ngan baik tetapi saya berjaya membalas setiap serangan yang cuba dilakukan. Kini, fokus saya adalah untuk mengharungi satu perlawanan ke satu perlawanan dan harap dapat melangkah jauh kerana saya sememangnya cukup cergas tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pemain pilihan ke-7 kejohanan, Andrey Rublev terpaksa akur tersingkir awal pada kejohanan bertaraf Grand Slam ini apabila ditewaskan oleh Jan-Lennard Struff dengan pertarungan lima set 6-3, 7-6, 4-6, 3-6, 6-4.

Kata Struff, kekalahan pada dua pertemuan menentang Rublev di saingan Piala ATP dan Terbuka Itali sebelum ini menjadi pengajaran buatnya untuk memberikan yang terbaik dalam usaha mengejutkan atlet kelahiran Rusia itu pada pusingan pertama awal pagi semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN