JAKARTA – Pelakon, penyanyi dan model terkenal dari Indonesia, Ariel Tatum mendedahkan bahawa dia terlupa usianya pada tahun ini, lantas memaksanya untuk membuat pencarian di internet bagi mengetahui usia sebenarnya, lapor laman berita Suara.com semalam.
Pemilik nama asal Ariel Putri Tari itu menyangkakan dia kini berumur 26 tahun.
Sebaliknya, pencarian di internet mendapati bahawa usianya baru mencecah 24 tahun.
“Saya betul-betul ingat umur saya 26 tahun pada bulan November ini,” tulis Ariel di Instagram Story miliknya semalam.
Pelakon sinetron Dia Bukan Anakku itu turut mengakui hairan dengan sikapnya yang terlupa tentang usia sebenarnya.
“Memang lucu kerana saya tiba-tiba tidak tahu berapa umur saya,” katanya.
Berdasarkan fakta internet, Ariel lahir di Jakarta pada 8 November 1996 dan akan mencapai usia 25 tahun pada bulan November ini. – AGENSI