fbpx

33 ADUN kemuka semakan kehakiman keputusan bubur DUN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musa Aman

Oleh Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Seramai 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah mengemukakan permohonan semakan kehakiman ke atas keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pemohonan berkenaan diketuai oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dengan menamakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sebagai responden pertama, Datuk Seri Shafie Apdal selaku responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga dan kerajaan negeri (responden keempat).

Permohonan berkenaan diajukan oleh firma guaman FT Ahmad dan Co. pada Isnin lalu dan semakan kehakiman dijangka bakal didengar esok.

Sebelum ini, Musa yang juga ADUN Sungai Sibuga membuat pengumuman mengejut menyatakan dirinya mengetuai gabungan baharu yang mendapat majoriti untuk mengambil alih pemerintahan negeri yang dipimpinan Shafie pada 29 Julai lalu.

Ia berlaku selepas 13 ADUN daripada parti Warisan Sabah (Warisan), Pakatan Harapan (PH) Sabah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memberikan sokongan kepada Musa.

Keesokan harinya, Shafie meminta agar DUN dibubarkan yang dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI