fbpx

Syahrian Abimanyu kembali selepas timba ilmu di Newcastle Jets

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syahrian akan bersama JDT untuk baki saingan liga musim ini selepas berkelana di Australia.

JOHOR BAHRU – Pemain muda Indonesia yang dipinjamkan ke kelab bola sepak Australia, Newcastle Jets, Syahrian Abimanyu akan kembali memperkukuh skuad Johor Darul Ta’zim (JDT).

JDT dalam satu kenyataan dimuatnaik menerusi laman Facebook rasmi mereka hari ini memaklumkan perkara tersebut.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest berkata, pemain berusia 22 tahun itu akan kembali ke JDT untuk baki saingan liga musim 2021.

“Pemain muda kelahiran Indonesia, Syahrian Abimanyu akan kembali ke  JDT untuk baki musim 2021 selepas tamat tempoh pinjaman singkat bersama kelab A-League, Newcastle Jets,” katanya ringkas.

Syahrian sebelum ini ditandatangani JDT pada Disember tahun lalu sebagai perancangan jangka masa panjang skuad Harimau Selatan.

Namun bekas pemain tengah Madura United itu tidak sempat menyarung jersi JDT selepas dipinjamkan ke skuad A-League, Newcastle Jets tidak lama selepas itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI