fbpx

Polis Kedah turut pantau SOP di pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Roze melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang masuk ke Alor Setar di SJR Plaza Tol Alor Setar Utara hari ini.

ALOR SETAR – Polis Kedah terus melakukan pemantauan termasuk di premis pejabat bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) terutama melibatkan pemakaian pelitup muka dipatuhi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ini.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd. Roze Shaari berkata, langkah itu bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP ditetapkan agar rantaian Covid-19 dapat diputuskan demi keselamatan semua.

“Sebenarnya pemakaian pelitup muka di pejabat pun memang ditekankan yang mana tujuannya tidak lain adalah untuk melindungi diri kita dan orang sekeliling daripada pandemik ini.

“Sebab itu kita akan buat pemantauan bersama agensi penguatkuasaan lain di pejabat-pejabat, jadi saya nasihatkan mereka yang berada di pejabat juga sentiasa mematuhi SOP termasuk memakai pelitup muka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pemantauan di sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Alor Setar Utara di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, setakat ini sebanyak 76 kompaun telah dikeluarkan di negeri ini atas pelbagai kesalahan sejak PKP penuh tersebut.

“Kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, namun kesalahan yang paling banyak dilakukan adalah berkumpul beramai-ramai selain tidak memakai pelitup muka,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI